DropBox - Kenapa dan Bagaimana ?



Salam Semua. Setelah lama menghilangkan diri dari membuat posting berguna kepada. Akhirnya tergerak hati untuk membuat entri yang agak aku teruja sedikit. Kepada pengunjung yang hampir kecewa dengan blog yang jarang di update ini, terima kasih kerana bersama blog ini yang tidak seberapa ini.

DROPBOX. Apa yang anda fikir anda lihat perkataan ini ? Tidak mengapa kalau anda terfikir apa-apa mungkin saya yang syok sendiri tanya kat anda macam-macam soalan. Apapun, Dropbox adalah hosting file dari computer anda untuk tujuan backup file dalam computer dan juga synchronization . TERUSKAN MEMBACA

Pada satu hari nanti komputer kita pasti akan rosak dan file di dalam akan lenyap dan anda akan menangis kerana gambar-gambar sekolah bersama rakan anda sudah tiada lagi [misalnya]. Jadi Dropbox ini, meyediakan ruang 2GB untuk plan free untuk servis backup senyap.

Kita lihat bagaimana servis ini berfungsi. Setelah anda register akaun anda akan diberi satu software untuk di install dalam computer anda. Semasa anda install software diisi lokasi folder dari Drive kegemaran anda dalam computer anda, sebagai contoh: D: . jadi setelah selasai install, software itu akan create satu folder bernama My Dropbox iaitu D:\My Dropbox di computer anda .

Oleh itu anda hanya perlu copy dan paste file yang anda rasa penting dalam folder [D:\My Dropbox ] itu. Setelah paste. Drop box akan upload file anda secara senyap apabila ada connection internet. Anda boleh guna file itu seperti biasa dalam computer anda dan software itu akan ubah 100% sama seperti folder anda di komputer anda. Misalnya anda delete satu file dari My Dropbox, jadi di server Dropbox akan didelete juga.

Anda juga boleh share folder tertentu dalam Dropbox dengan kawan anda. Misalnya anda upload mp3 dalam folder itu, dan anda mahu share mp3 itu dengan kawan anda. Anda hanya perlu right folder di dalam folder My Dropbox seperti gambar dibawah.




Mari kita lihat bila dropbox anda rasa sangat berguna:
  1. Bila komputer anda rosak.
  2. Bila anda berada rumah kawan atau di negara lain dan tidak bawak computer anda. Anda Boleh buka file terus dari dropbox.com.
  3. Bila Komputer anda dah penuh dengan file dan tidak muat.
  4. Bila Komputer anda hilang atau dicuri.
  5. Bila computer anda dipinjam kawan.
  6. Bilan anda mahu send file besar kepada kawan. [Menggunakan cara sharing]
Jadi Apa tunggu lagi. Register akaun disini : [REGISTER DROPBOX] - Referal link aku [2.25GB]

atau disini [REGISTER DROPBOX] - bukan referal, terus dari website [2GB]

p/s: setelah anda register anda akan dapat storage 2GB. Namun anda akan diberi bonus 0.25 GB atau 250 MB bagi setiap setiap referal dari akaun anda. Di dalam website harap anda korek2 sedikit dropbox itu. Pasti best dan berbaloi.

HAPPY BLOGGING.

Leave a Reply