4 Must Have Blogger Gadgets


Salam semua, sudah lebih 1 minggu tidak post disebabkan terlalu buzy dengan assignment dan beberapa sebab yang lain. Tetapi apapun terima kasih kepada pengunjung blog saya kerana masih lagi ada yang bagi membalas komen entri yang sebelum ini. Terima Kasih kepada semua pengujung blog aku.

Hari ini aku nak post tentang gadgets blogger yang agak top buat masa ini. Tapi aku lihat blog kawan-kawan kita ada lagi yang tidak pasang  lagi di blog, mungkin disebabkan susah untuk pasang atau tidak dapat sumber gadgets atau tidak tahu pasang. Jadi disini ada 4 gadgets saya nak kongsi dan gadget ini tidak perlu susah nak install. 1 klik ikut wizard sudah cukup untuk memasang dalam blog. Mari kita lihat gadget ini dan  pasang di blog:

  1. Twitter Updates: Twitter menjadi servis agak popular buat masa ini. Anda pun mungkin tidak terlepas daripada twitter ini. Anda boleh menarikkan lagi blog anda dengan "Twits" anda di blog anda menarikkan lagi look blog anda [Klik Sini] untuk install.
  2. Recent Post: atau post terkini blog anda di sidebar blog anda. Pengunjung yang datang ke blog anda tidak perlu scroll sampai bawah blog untuk cari artikel dalam blog. Memasang gadget ini menyenangkan pengunjung dan userFriendly dalam mencari entri-entri di blog anda. Anda Boleh [Klik Sini] untuk Install Recent Comments Gadgets.
  3. Recent Comment: Gadget ini juga amat berguna kepada blogger. Gadget ini akan tunjuk komen terkini blog anda di sidebar blog anda. Ini akan mengalakkan lagi komen-mengomen apabila pengunjung datang ke blog tidak perlu klik "Comment" untuk cek update atau balasan komen dari kawan lain. [Klik Sini] untuk install.
  4. Picasa Photostream: Gadgets ini sesuai kepada photographer atau sesiapa yang aktif dalam memaparkan gambar di blog. Gadgets ini akan autoupdate foto-foto yang anda upload di Picasa. dan photo itu akan di link kan ke photo album anda di Picasa. Anda boleh adjust berapa banyak thumbnail untuk dipaparkan di sidebar blog anda. [Klik Sini] Untuk Install.

Harap post ini membantu anda dalam menarikkan lagi blog anda. Anda suka atau tidak suka entri ini, sila komen. Biar aku tahu apa yang anda nak sebenarnya. Aku hanya nak share apa yang menarik. Terima Kasih Kerana membaca dan diharap terus membaca. Sekian.

Sumber: BloggerBuster

Leave a Reply